PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Selain disayangi dan diminati oleh rakyat semenanjung khususnya Johor, Almarhum Tunku Jalil juga berjaya menarik minat rakyat Borneo, di Sabah dan Sarawak untuk mengenalinya dengan lebih dekat.

Tak sangka, aura kerakyatan Almarhum Tunku berjaya menarik ramai jiwa untuk lebih mengenali baginda. Namun, hanya mereka yang pernah berjumpa dengan baginda tahu bagaimana baiknya dan penyayangnya baginda.

Komen Rakyat Sabah Tentang Tunku Jalil

Terbaharu, seorang rakyat Sabah ada meluahkan rasa hatinya mengenai Tunku Abdul Jalil di laman sosial Facebooknya.

Aku tak kenal siapa dia ni. Aku sangka artis.

"Seringkali lelaki ini muncul di timeline Facebook aku. Oleh kerana wajahnya yang hensem dan ramai peminat, aku sangka artis. Sumpah, aku tak kenal dia ni. Aku sangka artis."

Dapat tahu Almarhum Tunku Jalil adalah putera raja setelah berita kemangkatannya viral di laman sosial.

"Akhirnya, aku dapat tahu siapa lelaki ini setelah kematiannya. Tak sangka dia merupakan anak Raja Johor yang sangat baik hati. Aku sangka penyanyi atau pelakon. Rugi tak dapat mengenalinya dan berjumpa dengannya walau sekali."

Nak jadi rakyat Johor juga.

"Kalau beginilah anak Raja melayan rakyatnya, aku pun nak jugak la jadi rakyat Johor! Aku harap, suatu hari nanti, aku berkesempatan datang ke Johor dengan harapan dapat menziarahi makam Tunku."

Al-fatihah.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.