PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Kuala Lumpur: Pelawak terkenal, Yussry Edoo, 39, atau Yus Jambu meninggal dunia dipercayai akibat sesak nafas, kira-kira 12 tengah malam tadi. Pengurus Besar Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan),

Ahmad Abdullah, berkata Yus terbabit dalam program Raja Band anjuran Karyawan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Dataran Merdeka, malam tadi.

Luahan sayu Tauke Jambu atas pemergian Yus Jambu

"Allahyarham mengadakan persembahan bersama kumpulannya iaitu Lima Bara sebagai artis jemputan. Selepas menyanyi tiga lagu, arwah terus pulang pada 11.30 malam.

"Kira-kira setengah jam kemudian kami terkejut apabila pembantu peribadinya memaklumkan beliau dikejarkan ke Hospital Selayang dan disahkan meninggal dunia," katanya.

Ketika pihak wartawan mendekati pelawak terkenal iaitu Tauke Jambu dan ingin dia kongsikan perasaan, dalam keadaan menangis tersedu-sedu Tauke berkata dia tak mampu lagi untuk menjawab soalan.

Dia tak mampu tanpa Pak Yus. Bukan sahaja Tauke tapi artis lain juga dilihat seperti terlalu sebak masing-masing meratapi pemergian Pak Yus terutama rakan karibnya juga iaitu Afdlin Shauki.

(Baca: Respon Jihan Muse Dikritik Tidak Memakai Tudung Semasa Melawat Arwah Pak Yus)

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.