PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

SEKIRANYA melancong ke luar negara, sebaiknya pastikan bawa wang yang cukup untuk perbelanjaan.

Ini kerana jika anda mengeluarkan wang di negara luar, bank akan mengenakan caj tambahan.

Tetapi kadang kala ‘malang sememangnya tidak berbau’ dan wang tunai masih perlu juga dikeluarkan menerusi ATM.

Bahasa Melayu di Mesin ATM Jepun
Tahukah anda? Mesin ATM di Jepun mula sokong penggunaan Bahasa Melayu.

Mesin ATM di Jepun mula sokong penggunaan Bahasa Melayu

Kebiasaannya, tidak semua ATM di negara luar menyokong bahasa Melayu.

Hanya bahasa-bahasa utama dunia seperti Inggeris dan China mendapat sokongan dari bank luar negara.

Tetapi sekiranya anda ke Jepun, kini anda boleh menggunakan mesin ATM yang menggunakan bahasa Melayu.

Bahasa Melayu ialah salah satu daripada dua belas bahasa yang kini mula disokong mesin ATM di Jepun.

Sebelum ini mesin ATM di Jepun hanya menyokong bahasa Jepun, Korea, China dan Inggeris.

Pengenalan lapan lagi bahasa ini adalah langkah Jepun untuk memudahkan proses pengeluaran wang oleh pelancong yang melawat negara mereka.

Mesin ATM di Jepun mula sokong penggunaan Bahasa Melayu

Mereka menyedari pelancong lebih gemar menggunakan wang tunai dari kad kredit.

Apabila mesin ATM menyokong bahasa asing, mereka akan lebih mudah mengeluarkan wang seterusnya menjana ekonomi melalui pembelian barangan dari peniaga tempatan.

Mesin ATM Seven Banks adalah yang pertama akan menawarkan perkhidmatan pelbagai bahasa ini.

Selain bahasa Melayu, bahasa Indonesia, Thai, Perancis, German, Portugis dan Vietnam turut disokong.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.