PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Bosan dengan comot dan kotoran pada telefon pintar anda?

Sebuah syarikat Jepun baru-baru ini berkata, ia mempunyai cara menyelesaikan masalah itu dengan apa yang disifatkannya sebagai telefon pintar pertama yang boleh dibasuh dengan sabun dan air.

Telefon bimbit kalis air memang sudah berada di pasaran.

Bagaimanapun, syarikat telekom KDDI berkata, telefon barunya ‘Digno rafre’ yang akan dilancarkan minggu depan ialah satu-satunya yang boleh ‘dimandikan’ dengan air sabun.

Inilah handphone pertama yang boleh dicuci

“Petugas kami membasuh telefon pintar itu lebih 700 kali untuk menguji ketahanannya,” kata seorang jurucakap KDDI.

Iklan komersial di Internet menunjukkan seorang kanak-kanak menjatuhkan telefon berkenaan ke dalam pinggan penuh dengan makanan dan sos tomato.

Ibunya memberi jaminan kepada anggota keluarga lain yang terkejut supaya jangan bimbang sambil dia membasuh telefon itu dengan sabun dan air paip.

Gajet berharga 21,600 yen (RM740) itu disasarkan kepada ibu bapa yang mahu memastikan telefon pintar untuk anak mereka yang masih kecil sentiasa bersih.

Namun, jurucakap KDDI mengingatkan, hanya beberapa jenis sabun boleh digunakan pada telefon bimbit itu yang buat permulaannya akan dijual di Jepun sahaja. – Agensi

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.