PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Lebih 300 paus ditemui terdampar di kuala terpencil di Patagonia, Selatan Chile, menjadikan ia satu rekod terbesar kematian di luar kawasan bagi spesies itu.

Ahli-ahli sains telah melancarkan satu ekspedisi untuk mengira haiwan tersebut apabila pada April sebanyak 20 paus sei ditemui mati terdampar di sebuah pantai yang terletak kira-kira 2,000 kilometer dari selatan Santiago.

Lebih 300 bangkai paus terdampar di Chile
Paus yang ditemui berkemungkinan mati akibat virus alga yang berbahaya.


Kemudian, mereka diterbangkan ke rantau tersebut pada Jun apabila skala kematian paus di luar kawasan semakin tinggi daripada biasa iaitu dengan 337 kematian.

Misteri lebih 300 paus ditemui terdampar di Chile
Beratus-ratus paus ditemui mati terdampar di Chile.

Menurut saintis dari Pusat Saintifik Huinay, Vreni Haussermann kejadian pertama seumpamanya ini akan disiasat dan ditayangkan dalam salah satu episod National Geographic yang turut membiayai ekspedisi tersebut.Dalam masa yang sama, ahli-ahli sains turut mendapati paus yang ditemui berkemungkinan mati akibat virus alga yang berbahaya yang turut dikenali sebagai ‘red tide’ berikutan tiada luka ditemui di badan paus.

Misteri lebih 300 paus ditemui terdampar di Chile

Misteri lebih 300 paus ditemui terdampar di Chile

Misteri lebih 300 paus ditemui terdampar di Chile

Pakar biologi marin turut memaklumkan bahawa spesis berkenaan semakin pupus kerana pemanasan global laut yang telah menyebabkan sumber makanan bagi paus berkurangan dan memaksa spesies tersebut menukar haluan migrasi mereka.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.