PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Muhammad Ali tampil sebagai figura awam terbaharu mengkritik cadangan Donald Trump untuk mengharamkan umat Islam memasuki Amerika Syarikat.

Muhammad Ali tampil sebagai figura awam terbaharu mengkritik cadangan Donald Trump untuk mengharamkan umat Islam memasuki Amerika Syarikat.

Mantan juara tinju heavyweight dunia itu mengeluarkan kenyataan yang menyeru umat Islam agar menolak sesiapa sahaja yang menggunakan Islam untuk agenda peribadi.

Beliau menegaskan bahawa kenyataan tersebut tidak ditujukan kepada Trump semata-mata malah kepada semua calon presiden yang mencadangkan pengharaman kemasukan umat Islam ke Amerika Syarikat memetik Astro Awani.

Muhammad Ali bidas kenyataan Donald Trump
A statement from Muhammad Ali - @AdamHoge

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Selasa lalu, Trump mendakwa kajian yang dilakukan oleh Pusat Dasar Keselamatan menunjukkan 25 peratus umat Islam bersetuju bahawa keganasan ke atas rakyat Amerika di negara itu munasabah atas alasan menyokong gerakan jihad global.

Ali walau bagaimanapun menyatakan umat Islam sebenar tahu bahawa keganasan ISIS “bertentangan sama sekali dengan prinsip-prinsip asas agama kita.”

“Saya percaya para pemimpin politik kita seharusnya menggunakan kedudukan mereka untuk membawa pemahaman tentang Islam dan menjelaskan tentang para pembunuh yang tersesat ini sebenarnya telah menyongsangkan pandangan umum terhadap Islam yang sebenar,” ujar beliau.

Muhammad Ali 'belasah' Donald Trump
#‎TBT With my friend Muhammad Ali - Donald J. Trump

Trump membuat kenyataan kontroversi tersebut hanya beberapa bulan selepas menyifatkan Ali sebagai “rakan” dalam kiriman Facebook beliau Mei lalu, dengan menyertakan gambar Ali menyampaikan Muhammad Ali Award kepada beliau bagi kategori keusahawanan.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.