PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Mesyuarat Majlis Tertinggi Khas UMNO yang bakal berlangsung pukul 8 malam ini dijangka memutuskan nasib dua tokoh, timbalan presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan naib presiden Datuk Seri Shafie Apdal.

Mesyuarat itu dilihat signifikan kerana ia bukan lagi persoalan sama ada Muhyiddin boleh menyampaikan ucapan semasa sesi penggulungan, tetapi lebih kepada nasib beliau di dalam parti terbesar orang Melayu itu.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada Selasa telah memberi bayangan apa yang menanti Timbalan Presiden UMNO itu lapor Astro Awani.

Apakah nasib yang bakal menimpa Muhyiddin dan Shafie Apdal malam ini?

Tengku Adnan dilaporkan berkata Muhyiddin dilihat telah melampaui batasan ketika berucap di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru pada malam Isnin.

Kata beliau, Muhyiddin boleh hilang jawatan akibat daripada sikap serta perbuatan tersebut.

“Beliau mungkin hilang jawatannya dan ia bergantung kepada keputusan Lembaga Disiplin,” kata Tengku Adnan.

Malah, bekas Timbalan Perdana Menteri itu juga tidak menghadiri majlis Taklimat Presiden Umno di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Selasa malam.

Bagaimanapun, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang turut digugurkan dalam rombakan Kabinet pada Julai lalu, menghadiri taklimat berkenaan.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.