PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

BANGI – Seorang gadis yang ingin menyewa rumah sewa mendakwa membawa masuk teman lelaki ke dalam rumah menjadi trend yang biasa di Bangi. 

Screenshot yang didedahkan oleh pemilik rumah sewa tersebut mengundang reaksi negatif netizen  di laman Facebook lapor The Hype Media.

Gadis Nak Sewa Bilik yang Boleh Bawa Masuk Lelaki

Gadis yang tidak didedahkan identiti itu pada mulanya bertanya sama ada bolehkah dia membawa teman lelakinya ke bilik.

Namun, pemiliknya tidak membenarkan dia berbuat demikian. 

Tambahan, gadis itu adalah muslim yang terang-terang bukan mahram. 

“Dah terang lagi bukan mahram, tak boleh tinggal serumah. Timbulnya fitnah dan zina nanti. Kang kena kahwin free haa!” katanya.

“Owh, tadi saya ada tanya rumah lain, boleh saja bawa boyfriend masuk bilik. Benda ini dah trend lah di Bangi,” balas gadis itu. 

Bimbang bersuhabat melakukan perkara yang berdosa, pemilik rumah itu terpaksa menolak keinginan gadis itu menyewa rumahnya.

“Tak apalah awak. Saya tak ambil penyewa yang ingin bawa lelaki masuk rumah. Jagalah maruah sebagai perempuan,” katanya.

Nak Bawa Masuk Pakwe Dalam Bilik Boleh?

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.