PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Mungkin ada antara sekarang sedang membuat persiapan untuk mendirikan rumah tangga dan kami yakin kebanyakan ‘persiapan’ itu adalah hari majlis perkahwinan sebenarnya.

Kadang-kadang orang yang nak sangat kahwin ini semata-mata berangan nak jadi Raja Sehari kan? 

Bukanlah tak boleh, tapi cuba korang baca perkongsian daripada Faizul Ridzuan ini. Mesti ada yang sentap bila membacanya.

Tapi bukan semua macam ni kan?

Indah Sehari, Sengsara 10 Tahun? Baik Tak Payah Kahwin!

Tak guna jadi raja sehari kalau hidup papa untuk 10 tahun

INDAH SATU HARI, SENGSARA 10 TAHUN?

Salam semua. Ini nasihat saya kepada pasangan muda yang nak berkahwin. Biarlah sederhana bila buat majlis dan jangan ditipu oleh ayat ayat kelentong seperti “Kita berkahwin sekali saja” atau ” nak merasa Raja dan Permaisuri sehari.”

– Tak guna jadi raja sehari kalau hidup papa untuk 10 tahun.

– Rm50k anda perabih utk kahwin kalau dilabur dalam hartanah boleh bagi buat anda RM100,000 dalam 10 tahun kalau beli benda yang betul.

– Yang ambik personal loan untuk kahwin, mmg anda akan bersedih dan menyesal nak bayar bertahun. Ada yang ambil loan sampai 20 tahun, mmg nangis nak bayar.

– Kalau bercerai lepas 3 tahun, loan masih ada 17 tahun lagi kena bayar

– majority punca orang bercerai adalah kerana masalah kewangan. So kalau mula kahwin pun dah berhutang banyak, memang akan susah kelak.

Tak guna beliau minta hantaran mahal-mahal kalau anak perempuannya sengsara lepas kahwin semata-mata nak bayar hutang.

Nak Kahwin? Jangan jadi golongan yang tersiksa selepas kahwin.

Tak guna beliau minta hantaran mahal-mahal kalau anak perempuannya sengsara lepas kahwin semata-mata nak bayar hutang.

– untuk orang perempuan yang nak berkahwin, fikir panjang panjang sebelum nak berbelanja untuk benda yang hanya dipakai sekali sahaja.

– untuk kaum lelaki, pilih la pasangan dan mertua yang faham kepentingan masa depan dan jenis yang tak suka membazir. Kalau jenis yang nak menunjuk sahaja sbb jiran mereka kahwin meriah, anda kena tegas atau cari calon lain.

– untuk ibu-bapa yang ada anak perempuan, fikirkanlah masa depan anak anda sebelum minta hantaran mahal-mahal.

Mak mertua saya pernah cakap, tak guna beliau minta hantaran mahal-mahal kalau anak perempuannya sengsara lepas kahwin semata-mata nak bayar hutang. Saya tahu saya pilih calon yang betul sebagai isteri sbb keluarga mereka nak tgk kami bahagia berkahwin dan bukan bergaduh bertekak tiap tiap hari pasal duit.

Mungkin ramai yang tak setuju, tapi tanyalah diri anda, jika anda ingatkah semua detail dan perbelanjaan perkahwinan kita sendiri dulu? Ingatkah kita tentang details perkahwinan kawan kawan kita? Pakai baju warna apa, atau berapa besarnya kek kahwin mereka, atau bertapa hebatnya doorgift kahwin?

Kalau kita tak ingat semua ini, apa logiknya kita berhutang berpuluh ribu kan?

Nak Kahwin? Jangan jadi golongan yang tersiksa selepas kahwin.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.