PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Operasi memburu peniaga vape di sini sudah dilancarkan, bermula dengan mereka yang menjual cecair yang mengandungi nikotin menjelang penguatkuasaan larangan terhadap produk itu di negeri ini pada 1 Januari depan.

Polis yang dibantu agensi negeri dan persekutuan, menyerbu tiga permis perniagaan, dua di Taman Century dan satu di Larkin dengan merampas produk bernilai RM380, 385.

Nikton tersenarai dalam Akta Racun dan produk mengandung bahan terlarang itu hanya boleh dijual oleh ahli farmasi lapor Mstar.

Peniaga vape di Johor kini diburu

Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata sebanyak 6,924 botol cecari vape dirampas dan dihantar untuk analisis.

Manakala, kira-kira 190 produk dan aksesori vape turut dirampas dalam operasi pada 15 Dismber lalu.

Empat lelaki berusia antara 23 dan 70 tahun yang bekerja di premis perniagaan tersebut ditahan dan kemudiannya dibebaskan selepas kenyataan mereka direkodkan.

“Kami sedang menunggu keputusan pegawai kimia untuk mengesahkan bahawa cecair itu mengandungi nikotin sebelum tindakan lanjut diambil,” katanya kepada pemberita pada Khamis.

Beliau berkata, kesemua lelaki tersebut turut gagal mempamerkan lesen perniagaan yang sah dan tidak meletakkan papan tanda harga yang betul.

“Ini adalah serbuan pertama kami terhadap peniaga vape dan pastinya ia tidak akan menjadi yang terakhir.

“Saya telah mengarahkan Ketua Jabatan Narkotik untuk menjalankan operasi di seluruh negeri ini,” katanya.

Malah, Wan Ahmad turut mengkritik Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil & Sederhana Malaysia (Ikhlas) Mohd Ridzuan Abdullah kerana jahil tentang undang-undang.

Beliau berkata kejahilan itu tidak memberi hak untuk menyimpan atau menjual produk yang mengandungi bahan terlarang seperti nikotin.

Menurut laporan, Mohd Ridzuan yang mewakili 50 peniaga vape di Johor mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan negeri dan agensi yang terlibat dalam serbuan itu.

Dalam reaksi balasnya, Wan Ahmad berkata, mereka tidak perlu takut dengan ugutuan itu kerana polis menguatkuasakan undang-undang persekutuan.

“Sekiranya Ikhlas masih mahu menyaman kami berhubung perkara itu, terpulang kepada mereka,” katanya.

Johor merupakan negeri pertama yang mengenakan larangan terhadap penjualan dan penggunaan vape kerana bimbang mengenai kesihatan orang ramai.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.