PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

KUALA LUMPUR – Gara-gara mengeluarkan kenyataan kurang cerdik mengenai Tun Mahathir dalam ucapan di Perhimpunan Agung UMNO 2015, perwakilan dari Perak di’boo’ oleh perwakilan UMNO yang hadir.

Dalam ucapan Datuk Hamzah Mohd Kassim berkata, “Kejayaan dikecapi oleh UMNO pada hari ini bukan kerana insan bernama Mahathir,”.

Akibatnya beliau di’boo’ oleh perwakilan yang tidak bersetuju dengan kenyataannya itu menyebabkan Pengerusi Tetap UMNO, Tan Sri Badruddin Amiruldin mengarahkan Hamzah menukar topik ucapannya lapor The Hype Media.

Cubaan Perlekeh Tun Mahathir, Dapat Sorakan 'Boo'

“Sila ubah muka surat dan baca topik lain. Yang berlalu biarlah berlalu. Yang penting kita pandang ke hadapan,” katanya.

Insiden yang tidak disengajakan itu membuktikan bahawa Tun Dr Mahathir masih mempunyai pengaruh yang kuat dan besar di dalam UMNO. 

“Sebab itulah sehinggi kini UMNO tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap Tun Dr Mahathir walaupun Tun begitu lantang mengkritik Presiden UMNO. Ini juga kerana UMNO takut ramai ahli UMNO yang berpaling tadah. Mereka yang menyorak ‘boo’ kepada Hamzah adalah penyokong setia, bukannya penyokong suruhan yang dibayar untuk menjerit ‘Hidup Najib’ atau ‘I Love PM’,” kata Zulfakar.

“Balun Tun Mahathir konon-konon nak mendapat pujian dari Najib Razak serta sorak ahli dalam dewan. Sekali tengok, diri sendiri kena ‘Boo’. Ternyata bodoh,” kata Taufek.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.