PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Seorang warga emas terkejut apabila mendapati seorang lelaki tidak dikenali terlena di balkoni rumahnya di Kampung Surau Bator di sini, kira-kira jam 8.30 pagi kelmarin.

Penghuni rumah yang hanya ingin dikenali sebagai Pakcik Ali, 65, berkata, ketika dia membuka pintu rumah, dia mendapati topi keledar yang biasanya diletakkan di atas motosikalnya berada di depan tangga rumahnya memetik Sinar Harian.

“Saya panggil tapi dia tak bergerak”
Suspek tidur di balkoni rumah penduduk. Gambar kanan: Pakcik Ali menunjukkan pakaian suspek yang ditinggalkan.

Hairan dengan keadaan itu katanya, dia segera keluar rumah dan mendapati kasut yang digunakan untuk memotong rumput juga berada di tempat lain.

“Lepas tengok keadaan pelik itu, saya naik ke rumah semula untuk buka pintu balkoni sisi. Ketika itulah saya lihat lelaki itu seperti nyenyak tidur. Saya cuba panggil tapi dia tak bergerak. Saya cuba jolok guna kayu pun dia tak sedar. Dia pakai baju buruk yang saya gunakan untuk lap enjin. Baju dia ada ditinggalkan di luar.

“Lepas tu saya panggil jiran berdekatan.. sebab saya takut sesuatu yang buruk akan berlaku. Dalam jam 8.40 pagi saya hubungi Balai Polis Jelawat, tapi tak ada polis yang datang. Kira-kira hampir jam 10 pagi barulah ada polis yang tinggal berdekatan kawasan kami datang dan gari lelaki terbabit.

“Tak lama kemudian ada beberapa polis lain datang,” katanya kepada pemberita di kediamannya semalam.

Pakcik Ali berkata, penduduk memaklumkan terdapat sebuah kereta Proton Waja yang ditinggalkan berdekatan tali air kira-kira 200 meter dari rumahnya.

Katanya, dia tidak perasan kejadian aneh pada malam tersebut kecuali hanya terdengar bunyi jeriji besi dilanggar sesuatu, namun menganggap ia dilanggar kucing.

Difahamkan, lelaki tersebut menaiki kereta itu bersama seorang lagi rakan, namun tidak ditemui di lokasi itu.

Di dalam kereta itu dikatakan terdapat tiub straw yang berisi serbuk putih dipercayai milik suspek.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.