PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Kemunculan tiba-tiba seekor sotong gergasi mengejutkan orang ramai di Toyama Bay, 25 Disember lepas.

Menurut laporan CNN, sotong tersebut didakwa berenang di bawah bot nelayan dan berada di lokasi tersebut selama beberapa jam sebelum berlalu pergi.

Seorang penyelam, Akinobu Kimura berjaya merakam gerak geri sotong tersebut selama beberapa minit lapor Sinar Harian.

Kemunculan sotong gergasi di pelabuhan Jepun

“Sotong tersebut kelihatan sempurna, mengeluarkan dakwat dan cuba membelit saya menggunakan rungutnya,” kata Akinobu.

Katanya, beliau kemudian memandu sotong tersebut ke tengah lautan dan sotong tersebut akhirnya hilang di laut dalam.

Sementara itu, penjaga akuarium Uozu, Yuki Ikushi memberitahu CNN terdapat 16 penampakan sotong gergasi pada musim menangkap ikan yang lepas.

“Kita mungkin akan nampak lagi (sotong gergasi) pada musim ini, tapi memang sangat jarang mereka berenang berdekatan bot milik nelayan,” kata Yuki.

Difahamkan, sotong gergasi berkenaan berukuran kira-kira 13 meter (43 kaki) dan hanya terdapat di lautan dalam.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.