PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Hangat di media sosial hari ini ialah tindakan pelakon tanah air, Nur Fazura Sharifuddin yang mengkritik komen peminatnya menerusi laman Instagram hanya disebabkan tersalah sangka.

Pelakon filem Gol & Gincu itu mengecam seorang peminat yang meninggalkan komen di Instagramnya nampaknya telah mengundang kritikan pengguna media sosial hingga menjadi topik perbualan utama di laman sosial Twitter memetik Astro Awani.

Isu Salah Faham, Peminat Tuntut Fazura Mohon Maaf
Tersalah sangka maksud #KimK, Fazura hanya perlu mohon maaf?

Difahamkan, seorang peminat telah meninggalkan komen di bawah sekeping gambar Fazura bersama rakannya yang dimuat naik oleh pelakon itu di Instagram.

Komen yang ditinggalkan oleh peminat itu terpapar ayat “Mcm kimK yang depan itu”, namun perkataan “kimK” itu telah disalah erti oleh Fazura sebagai bahasa kesat.

Hanya kerana tersalah sangka, pelakon yang berusia 32 tahun itu telah memuat naik semula gambar komen peminatnya itu sambil mengutuk tindakan wanita tersebut dengan hashtag #SayaBenciHipokrit.

Akibat salah faham itu, pengguna media sosial menyarankan supaya Fazura memohon maaf kepada peminat tersebut susulan tindakannya yang memalukan peminat itu di khalayak ramai.

Walau bagaimanapun, sehingga berita ini ditulis, pelakon itu tidak mengeluarkan sebarang kenyataan memohon maaf.Sebaliknya menasihatkan orang ramai agar tidak menggunakan perkataan ringkas dalam perbualan di media sosial kerana ia boleh mengundang masalah sesama pengguna.

Salam. Selama mempunyai social media, saya sering cuba berdiam diri setiap kali ada tohmahan, kutukan dan kata kata jahat yg ditulis oleh segelintir manusia yg bersikap riak terhadap my loved ones. Saya akan delete atau blocked sahaja kerana tidak mahu melayan walaupun ada segelintir kata kata itu membuat teman teman dan peminat saya terkesan dan bersedih. Sudah lama saya melalui perkara yg sama setiap kali saya upload foto mereka. As a human being, sedikit sebanyak saya akan marah dan malu dengan bahasa melukakan yg kebanyakan dikeluarkan dalam Bahasa Melayu. Sebelum ini banyak kata2 yg digunakan hanya menggunakan short-forms dan double-meaning. Bila saya tegur, buat tak tahu dan mereka bergaduh pula dgn peminat saya yg lain. Why do we always have to make others think or live like us? Why are we so worried? Biarlah saya, kamu atau teman-teman saya hidup dengan cara masing masing. Kemudian, jika ada pendapat atau komen, perlukah guna perkataan, frasa atau slanga dengan double-meaning? Mengundang rasa kurang senang banyak pihak? Hanya ALLAH saja yg tahu. This goes to me and everyone. May we learn from our mistakes and please, if kita tak mahu cakap nice things.. Just don't comment anything at all. Itu lebih baik. Sending love always ❤️
A photo posted by Nur Fazura (@missfazura) on

(Baca: Nur Fazura Buat Laporan Polis isu “KimK”?)

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.