PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Seorang lelaki yang dilahirkan dengan empat kaki digelar ‘setan’ oleh penduduk kampungnya, menyebabkan dia terpaksa menjalani kehidupan bersendirian.

Arun Rajput, 20, dari kampung pedalaman di Farrukhabad, Uttar Pradesh, kini berharap untuk menjalani pembedahan bagi membolehkan dia menjalani kehidupan seperti orang lain lapor Harian Metro.

'Setan' berkaki empat
RAJPUT dengan dua kaki berlebihan.

“Saya menjadi bahan ejekan. Mereka berkata saya saya setan. Tidak ada yang menghormati saya kerana keadaan saya. Saya mahu menjadi seperti mereka. Saya mahu bekerja seperti lelaki lain,” katanya.

Anak sulung daripada empat beradik itu berkata, dia teringin sangat untuk menjalani pembedahan, belajar dan memenuhi impian untuk menjadi guru.

Dua kaki tambahan Arun yang dipercayai akibat daripada kembarnya yang tidak menjadi, menyebabkan dia tidak boleh duduk dengan betul.

Pemuda berkaki 4 didakwa setan

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.