PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

GEMPAR seketika apabila Amir Raja Lawak dikatakan terlantar di sebuah hospital di Singapura akibat ‘stroke’.

Bagaimanapun ketika dihubungi Astro Gempak, Amir tidak terkejut dengan berita tersebut dan memberitahu dia masih sihat di Gombak serta tidak pernah ke Singapura dalam masa terdekat ini lapor Astro Gempak.

Kisah Sebenar Berita Amir Raja Lawak Stroke
Amir Raja Lawak stroke hanya salah faham, masih sihat di Gombak

“Saya tahu mengenai berita itu pun selepas diviralkan di salah sebuah laman Facebook (FB). Itupun orang yang beritahu.

“Berita saya sakit dimuat naik pengarah Murali Abdullah kan? Tidak mengapalah…dia hanya salah faham..atau mungkin Murali nak panggil saya berlakon kot? Dah lama juga dia tak panggil saya ni,” katanya sempat bergurau.

Dalam pada itu, Amir memanjatkan rasa syukur kerana ramai pihak yang mendoakan kesihatannya sebaik sahaja khabar angin tersebut tersebar.

Penjelasan Berita Amir Raja Lawak Kena Stroke

“Ramai yang telefon, Whatsapp dan hantar pesanan ringkas bertanyakan tentang saya selepas Murali memuat naik status tersebut di FB.

“Terima kasih juga kepada yang mendoakan kesihatan dan kesejahteraan saya,” ujarnya

Berita tersebut menjadi viral selepas pengarah Murali Abdullah memuat naik status (FB)nya, “Amir Raja Lawak, berada di Hospital Singapura akibat diserang sakit stroke. Moga dia selamat.”

Bagaimanapun tidak lama kemudian Murali memohon maaf di status FB, “Maaf sangat-sangat…yang masuk hospital bukan Amir Raja Lawak tetapi Amir Khan…bekas guru saya dan pengarah filem HVD..saya minta ampun sangat-sangat..yang sms saya Hairee, pelakon pendekar dulu…Maaf Amir Raja Lawak…abang konfuse tadi..”

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.