PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Stacy Anam, penyanyi popular yang baru menganut Islam, mempertahankan tindakannya menyanyikan lagu Krismas di rumah keluarganya di Sabah.

Juara Akademi Fantasia (AF) 2008, yang memeluk Islam pada Ogos lalu dengan nama baru Ummu Shaikhah Stacy Anam, memuat naik video itu di Instagram, 20 Disember lalu.

Penyanyi “Not for Sale” berkata ibu bapanya masih menganut Kristian dan tiada sebab baginya menjauhkan diri daripada keluarga, termasuk menyambut Krismas lapor Malay Mail.

Dikecam kerana lagu Krismas, ini penjelasan Stacy

“Saya muat naik video itu kerana mahu berkongsi nyanyian lagu-lagu Krismas dengan peminat beragama Kristian.

“Kumpulan penyanyi itu datang ke rumah kami kerana ibu bapa saya masih Kristian.

“Saya sedar apa yang saya buat dan ia tidak sepatutnya dijadikan isu,” katanya seperti dipetik The Borneo Post hari ini.

Bersama video itu, Stacy menulis di laman sosial tersebut: “Christmas carol by TKCC #carolling #thankyou.”

Namun kebanyakan peminat yang gusar menuduh Stacy tidak menjaga sensitiviti kerana statusnya sebagai mualaf selama empat bulan.

A video posted by Ummu Shaikhah Stacy Anam (@stacyanam) on

(Baca: Nyanyi lagu Carol Krismas, Stacy dikritik hebat)

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.