Header Ads

Loading...

Penolong Pegawai Perubatan dihadapkan ke Mahkamah atas tuduhan bunuh kerani wanita

Loading...
Seorang Penolong Pegawai Perubatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas dakwaan membunuh seorang kerani wanita sekolah agama di Bukit Pasir, Muar, di sini, bulan lalu.

Tertuduh, Zurailie Muhamad, 30, hanya mengangguk tanda memahami pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mohd Syafiq Mustaza memetik Berita Harian.

Bunuh kerani wanita, enolong Pegawai Perubatan dihadapkan ke Mahkamah
Penolong Pegawai Perubatan dituduh bunuh kerani wanita


Namun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh. Tertuduh didakwa membunuh Nurul Shahira Mohamed Yatim, 29, di sebuah rumah di Taman Setia Kasih, Sungai Terap, di sini, antara jam 2.05 hingga 2.30 petang, 16 November lalu.

Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika Sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwaraya A Shaarmini manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mohd Syafiq kemudian menetapkan 5 Januari depan untuk sebutan semula kes.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.