PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Jika dibandingkan dengan negara Zimbabwe, ibu-ibu yang melahirkan anak di di sini amatlah beruntung. Di salah satu negara termiskin di Afrika itu, ibu yang melahirkan anak di hospital akan didenda US $ 5 setiap kali menjerit.

Di negara ini, korupsi yang terjadi sudah menjadi begitu sistemik. Sebuah laporan yang ditulis Transparency International menyatakan bahawa 62 peratus penduduk Zimbabwe mengaku sudah membayar rasuah dalam waktu 1 tahun terakhir.

Undang-Undang Pelik di Zimbabwe yang Menggerunkan

Di Zimbabwe, pendapatan tahunan rata-rata setiap orang adalah sekitar US $ 150. Jika hospital mengenakan bayaran bersalinan sebanyak US $ 50, ertinya ibu yang menjerit beberapa kali selama ketika hendah bersalin akan berhutang separuh daripada pendapatan tahunannya setelah melahirkan bayinya.

Ironinya, sebanyak 95 peratus penduduk negara ini adalah penganggur dan kemiskinan berleluasa. 

Menurut Transparency International, ibu yang melahirkan anak tidak mampu membayar terkadang ditahan di hospital dan dikenakan bayaran sehingga boleh ditebus oleh keluarganya.

Akibatnya, banyak ibu-ibu di Zimbabwe memilih melahirkan anak di rumah kerana tidak mampu membayar kos. Laporan PBB menjelaskan bahawa rata-rata, ada 8 ibu meninggal ketika melahirkan anak setiap hari di Zimbabwe.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.