PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Berikutkan kes terbaru penipuan yang melibatkan peniaga telefon di Kompleks Kota Raya, gerakan baju merah telah mengumumkan akan mengadakan satu perhimpunan di kompleks berkenaan pada petang ini.

Himpunan yang diketuai oleh Presiden Veteran Tentera Melayu, Mohd Ali Baharom atau lebih dikenali dengan nama Ali tinju  berkata perhimpunan petang ini dijangka “panas” seperti yang berlaku di Plaza Low Yat, Julai lalu berikutan tindakan seorang peniaga telefon bimbit berbangsa Cina yang mengurung pelanggannya.

Gerakan Merah Buat Perhimpunan Panas di Kompleks Kota Raya

“Perhimpunan ini pasal kedai jual telefon yang tipu dan mengunci pelanggannya. Kita nak pergi tengok apa sebenarnya yang terjadi. Perkara ini ibarat di Low Yat.

“Kita tak mahu peniaga ini sewenangnya menipu dan ambil tindakan undang-undang sendiri,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Ditanya apakah yang akan dilakukan oleh Gerakan Merah petang ini, beliau berkata:

“Saya yakin dan percaya, benda ini akan jadi macam Low Yat. Jadi dengan kebijaksanaan saya sebagai ketua Gerakan Merah, saya akan selesaikan dengan cara berhemah dan tak gunakan kekerasan,” katanya.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.