PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Mahkamah Sesyen di sini, Khamis membenarkan permohonan Jabatan Peguam Negara untuk menarik balik pertuduhan terhadap pemandu teksi yang didakwa cuba membunuh seorang pengawal keselamatan sebuah hospital dengan langgar di pintu utama hospital itu. 

Tertuduh mati dalam tahanan, kes langgar di hospital ditarik balik

Hakim Mahkamah Sesyen Azman Mustapha membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Sharifah Zulia Balqish Syed Agil untuk menarik balik pertuduhan terhadap T. Ganesan, 44, berikutan tertuduh meninggal dunia ketika dalam tahanan reman lapor Bernama.

Pada 16 Oktober lepas, Ganesan didakwa melakukan kesalahan itu terhadap Mohd Azahari Yusoff, 41, dengan cara melanggarnya dengan sebuah kereta Proton Saga sehingga mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan di bahagian lengan dan tangan kiri.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di pintu utama Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HATTM), Wangsa Maju di sini pada 8.43 pagi, 12 Oktober lepas mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.