PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Melakukan perniagaan merupakan salah satu cara bernas bagi menjana pendapatan yang berlebihan, lebih-lebih lagi ketika hidup dalam kos sara hidup yang tinggi ini.

Namun, seorang peniaga yang lebih dikenali sebagai Mohd Fairoz ini beranggapan bahawa peniaga baru zaman sekarang gemar meniru gaya orang untuk melariskan perniagaannya. Mereka ini disifatkan sebagai…

“Mentor ajar teknik TIRUVASI, bukan TIRUBASI”

BANGSA KITA BERNIAGA – TEKNIK TIRUBASI

Satu ketika dulu , viral orang beratur panjang beli coffee tepi jalan.

Kini dah tak nampak situasi begini di lokasi yang sama.

Mengapa ?

TIRU – BASI

Mentor ajar teknik TIRUVASI , bukan TIRUBASI .

TIRU + INOVASI

Tak faham itu yang jadi TIRU + BASI

Ramai ramai pergi buka aneka bagai Coffee tepi jalan tu buat apa ,
alih alih semua meniaga bermusim jer.

————

Lihat satu perniagaan tu maju dan dapat sambutan , 
belajar dari ASAS dan TIRU .

Bukan TIRU 100% MODEL BUSINESS .

JAHANAM WEH

————

Contoh : Coffee King

Viral dapat sambutan sampai beratur panjang orang membeli .

Tengok dan fikir , kenapa orang sampai beratur panjang ?

Oh, coffee yang di jual itu pekat , cawan besar , ais banyak , murah pula .

USP – Unique Selling Point

————

Cari lah barang atau produk niaga lain tetapi gunakan USP yang sama.

Bukan produk sama dan USP pun sama.

————

Betul , rezeki masing masing .

Tapi belajar lah berniaga dengan betul supaya masing masing boleh bertahan lama dan berkembang .

PENGELUARAN MELEBIHI PERMINTAAN – TAHU APA JADI ?

‘BASI’ lah jadinya .

————

Belajar ASAS berniaga , jangan TIRU tanpa ILMU .

————

Banyak dah perniagaan jadi BASI .

Lepas ni nak tengok berapa ramai jual Donut Sekupang.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.