PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Ayah aku dulu pernah pesan, kita lelaki jangan guna duit perempuan termasuklah duit ibu, adik atau kakak. 

1. Dulu-dulu pun kalau ibu bagi duit belanja extra pun tak ambil sebab ayah dah bagi siap-siap awal minggu itu. 

2. Kalau nak minta duit extra, kena tanya ibu dulu ada kerja yang boleh dibantu / tlong bibik untuk mendapatkan upah.

3. Kalau bercinta dan keluar dating, jangan pernah bagi perempuan keluar duit untuk bayar makanan, beli apa-apa. Sebelum balik, beri dia sedikit wang belanja, bayar balik untuk duit tambang, minyak dan parking dia datang berjumpa dengan kita.

Kenapa lelaki tidak patut guna duit perempuan?

4. Kalau dah berkahwin, jangan guna duit isteri, sebaliknya bagi isteri duit setiap bulan untuk dia membeli barang-barang peribadi dan kehendak dia (bajet belanja dapur lain). Bajet belanja bulanan tak boleh kira dengan income dari isteri. Itu duit dia, suka hati dia pun nak buat apa. 

5. Walau jodoh tak berpanjangan, jangan terus membenci bekas isteri, abaikan nafkah kewangan pada dia sebab dia pernah membahagiakan dan mengabdikan diri pada kita. Kalau dah pernah ada anak bersama, selagi dia belum berkahwin baru, hulurlah belanja bulanan untuk dia. Rajin-rajin hulurkan sikit wang untuk bekas mertua dan anggaplah buat bayar kos sara hidup dan upah dia menjaga anak kita.

Nafkah anak lain, bantuan untuk bekas isteri lain. Ini yang membezakan antara hak dan tanggungjawab.

Nanti ada yang kata, “Kalau camni, bangkraplah aku,”. 

Bro, percayalah pada rezeki Tuhan. Walau kau ikhlas berhabis untuk ibu bapa, anak, isteri dan mertua, Tuhan akan berikan lebih. Bak kata Waris, “Jangan salah sangka kenapa lebihkan perempuan sebab lelaki tetap boleh hidup kalau campak dalam hutan,”. – Carlos Rafael

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.