PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Bekas wartawan Berita Harian (BH) dan bekas pengacara TV3, Aziz Desa, 50, meninggal dunia kira-kira jam 10.50 pagi ini dipercayai akibat masalah buah pinggang kronik dan penyakit kencing manis.

Perkara itu disahkan sendiri oleh adik kandungnyanya, Azri Desa ketika dihubungi sebentar tadi.

Bekas selebriti TV3 sebelum ini pernah terlantar di Hospital Langkawi (HL) buat kali keempat awal tahun ini lapor Harian Metro.

Punca sebenar Aziz Desa meninggal dunia
AHLI keluarga dan jiran membaca yasin di kediamannya di Taman Seri Dayang, Kuah, Langkawi.

Januari lalu, doktor mengesahkan, penyakit buah pinggangnya berada pada tahap serius.

Aziz yang pernah mengacarakan beberapa program TV termasuk Nasi Lemak Kopi O dan Malaysia Hari Ini serta terkenal dengan slogan ‘Cermin-cerminkan diri anda’.

Punca Aziz Desa meninggal dunia didedahkan

Al-fatihah.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.