PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Pasti ramai yang masih ingat kerabat Diraja Johor pernah dikaitkan dengan seorang artis ini. Artis iaitu Fazura pernah menjalinkan hubungan cinta dengan pewaris takhta Johor, Tunku Mahkota Johor Darul Takzim Tunku Ismail Ibrahim ibni DYMM Sultan Ibrahim.

Namun, cinta TMJ dengan Fazura tidak kesampaian atas sebab-sebab tertentu. TMJ telah menamatkan zaman bujangnya dengan wanita pilihan hatinya iaitu Che Puan Khaleeda Binti Bustamam.

Kisah Cinta Fazura dan TMJ yang terputus di tengah jalan

Pada tanggal 24 Oktober yang lalu, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah selamat di ijabkabulkan dalam istiadat pernikahan bersama isteri, Che Puan Khaleeda Bustamam.

Pasangan TMJ dan Che Puan Khaleeda disatukan dalam majlis tertutup bertempat di Istana Bukit Serene.

Apa yang Menariknya, memetik dari portal Gua, selebriti jelita, Nur Fazura yang merupakan kenalan TMJ tidak ketinggalan menitipkan ucapan tahniah buat Tunku Ismail dan Cik Puan Khaleeda dan mendoakan mahligai yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat.

Ramai yang Tak Tahu Fazura pernah bercinta TMJ

“Sementara itu, Fazura juga sempat mengucapkan tahniah kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim atas perkahwinannya dengan Che Khaleeda Bustamam, 21, pada Jumaat.

“Fazura yang merupakan kenalan TMJ mengharapkan pasangan Diraja ini kekal bahagia hingga ke akhir hayat,” kata portal tersebut.

Siapakah Che Puan Khaleeda Binti Bustamam? Berikut adalah biodata penuh Che Puan Khaleeda:

√ Cik Khaleeda dilahirkan pada 16 Julai 1993 di Kuala Lumpur dan merupakan anak bongsu kepada lima adik-beradik kepada pasangan Bustamam Daud dan Aziyah Abdul Aziz.

√ Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Seri Gombak bermula 2000 hingga 2003, sebelum meneruskan pendidikan awalnya di Sekolah St. George’s Hanover Square, London pada 2003 hingga 2004.

√ Cik Khaleeda melanjutkan persekolahan menengahnya di Westminster Academy London pada September 2004 hingga Julai 2008 dan di Sekolah Sri Utama, Kuala Lumpur sekembalinya ke Malaysia pada 2010.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.