PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Tan Sri Muhyiddin Yassin meluahkan rasa kecewanya kerana mendakwa disisihkan dalam Umno walaupun sudah melaksanakan tanggungjawabnya untuk membantu presiden seperti yang terkandung dalam Perlembagaan parti.

Kata Muhyiddin lagi, sebagai Timbalan Presiden Umno yang dipilih oleh ahli, beliau bertanggungjawab kepada parti lapor Mstar.

Luahan Muhyiddin yang terasa disisih

“Saya banyak mendengar suara akar umbi mengenai pelbagai permasalahan yang berkait dengan kepimpinan parti. Maka tanggungjawab saya ialah untuk memberi nasihat kepada presiden supaya mendengar suara ahli-ahli parti di akar umbi dan segera memperbetulkan keadaan.

“Sebaliknya saya disingkir, disisih malah dihalang daripada melaksanakan tugas dan tanggungjawab saya sebagai timbalan presiden.

“Saya juga tidak dibenarkan berucap secara lazimnya dalam perhimpunan ini dan sudah tentu pandangan saya ini tidak dapat disampaikan kepada perwakilan secara terus. Pentas dalam perhimpunan kali ini tidak sama rata,” katanya menerusi kenyataan menerusi laman Facebook pada Jumaat.

Beliau mengulas mengenai peringatan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi ucapan dasarnya berhubung peranan yang perlu dimainkan oleh barisan kepimpinan parti dan ahli parti kepada pemimpin.

Dalam pada itu Muhyiddin Yassin turut menyatakan ciri-ciri pemimpin yang perlu ditaati mengikut ajaran Islam.

“Dalam Islam kita dituntut supaya patuh dan taat kepada pemimpin. Hal ini disebut oleh presiden dalam ucapan dasarnya.

“Pemimpin yang wajib ditaati ialah pemimpin yang taat kepada titah perintah Allah, amanah, jujur, berintegriti dan bersih, serta menjauhi perkara-perkara mungkar,” katanya.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.