PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Satu janin cukup sifat ditemui terapung di dalam sungai berhampiran jeti di Kampung Pasir Pekan di sini, semalam.

Dalam kejadian 4 petang itu, janin itu ditemui dalam keadaan tertiarap oleh Wan Mohd Aidil Hakim Mohd Soghir, 13 lapor Harian Metro.

Terkejut jumpa janin cukup sifat terapung di dalam sungai
WAN Mohd Aidil menunjukkan lokasi janin ditemui semalam.

Wan Mohd Aidil memaklumkan penemuan itu kepada ayahnya yang kemudian menghubungi polis untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Superintendan Zaharuddin Rasip berkata, janin itu dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu untuk bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan,” katanya.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.