PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

LONDON – Seorang pemimpin ajaran sesat Mao didapati bersalah semalam atas dakwaan merogol dan memukul pengikut wanitanya, serta menyeksa dan mengurung anak perempuan sendiri.

Aravindan Balakrishnan, 75 tahun, juga dikenali sebagai Komrad Bala, melayan kejam semua mangsa seperti banduan lebih daripada 30 tahun di beberapa buah rumah di selatan London.

Tertuduh menggunakan seksual serta keganasan fizikal dan mental untuk menguasai pengikut wanita, menukarkan ajaran yang berasaskan Komunis menjadi ajaran peribadi.

Pemimpin ajaran sesat rogol dan pukul pengikut wanita

Komrad Bala malah turut membuat pengikutnya termasuk dua wanita rakyat Malaysia untuk percaya bahawa beliau adalah tuhan, kata pendakwa tempatan.

Mahkamah Southwark Crown London diberitahu bahawa anak perempuannya sendiri, yang dilahirkan oleh salah seorang pengikutnya, bahkan juga dibuli dan dipukul.

Dia hampir tidak dibenarkan keluar dari rumahnya sendiri dan tidak pernah dibenarkan pergi ke sekolah, bermain dengan rakan-rakan atau berjumpa doktor.

Mangsa hanya mengetahui identiti ibunya ketika berusia 14 tahun selepas wanita itu meninggal dunia.

Balakrishnan, menafikan semua tuduhan tetapi disabitkan atas kekejaman terhadap kanak-kanak dan penahanan salah, serta merogol, menyerang dan menyebabkan kecederaan tubuh badan kepada dua wanita lain, masing-masing berusia 64 tahun. – Reuters

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.