PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Saintis di Rusia merancang untuk menghantar sebanyak 4 ekor monyet bijak ke planet Marikh dalam masa dua tahun lagi.

Pakar dari Akademi Sains Rusia telah melatih empat ekor monyet dari spesies Rhesus Macaques untuk dihantar ke angkasa lepas dan menjejakkan kaki ke planet merah tersebut lapor Era fm.

4 Ekor monyet bijak dihantar ke Marikh oleh Russia

Latihan itu termasuklah menggunakan kayu bedik dan menyelesaikan teka teki bagi menyediakan primat (kumpulan mamalia) tersebut dalam misi penjajahan pada 2017.

Pemilihan monyet-monyet berkenaan adalah sangat ketat kerana hanya yang melepasi pelbagai ujian percubaan dipilih untuk mengikuti misi ini. Wah dah macam pemilihan angkasawan pula ya.

“Setiap hari, haiwan ini akan diberi latihan sama bagi membolehkan ia mengingati perkara yang dipelajari. Kemudian kesemua monyet bijak berkenaan akan diberikan ganjaran air minuman jus,” kata ketua projek, Inessa Kozlovskaya.

Berdasarkan rekod, monyet pertama yang dihantar ke angkasa lepas ialah Albert I pada Jun 1948 menaiki roket tentera Amerika Syarikat, V-2. Bagaimanapun ia terbunuh dalam penerbangan tersebut.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.