PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Pelakon Nabila Huda Suhaimi, 31, selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Mohd Izwan Johar, 32, dengan sekali lafaz, di sini, 9.20 pagi ini.

Nabila Huda dinikahkan bapanya yang juga rockers terkenal, Amy Search atau Suhaimi Abdul Rahman, 57, dengan disaksikan jurunikah Masjid Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah, Khairuddin Haiyon lapor Harian Metro.

Komen Nabila Huda selepas bergelar isteri kepada Mohd Izwan Johar

Majlis berlangsung di Masjid Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Nabila menerima mas kahwin RM300 manakala wang hantaran dirahsiakan.

Pada acara yang turut dihadiri keluarga terdekat pasangan mempelai itu, Nabila menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas lima daripada pihak lelaki.

Nabila ketika ditemui meluahkan rasa syukur apabila hari bahagianya itu berjalan lancar.

“Alhamdulillah. Saya dipertemukan dengan lelaki yang memahami serta berjaya melembutkan hati saya,” katanya.

Bapanya, Amy Search, ketika ditemui turut berkongsi rasa gembiranya dan berharap Nabila tenang menempuh cabaran hidup berumah tangga.

“Syukur. Saya gembira Nabila kini sah bergelar isteri kepada Izwan. Semoga kedua-dua mereka menjalani kehidupan sebagai suami isteri dengan baik.

“Kepada Izwan, saya yakin dia mampu menjaga dan membahagiakan Nabila,” katanya.

Bagi Izwan pula, dia tidak meletakkan sebarang syarat kepada isterinya terutama dalam karier lakonannya.

“Saya tidak meletakkan sebarang syarat kerana lakonan adalah kerjayanya. Sebagai suami, saya sentiasa menyokongnya,” kata Izwan.

Nabila Huda dan Izwan berkenalan sejak lebih dua tahun lalu dan mula melakukan persiapan majlis perkahwinan pada Julai lalu.

Majlis resepsi kedua-dua mempelai akan diadakan di kediaman keluarga pihak lelaki di Seksyen 19, Shah Alam, esok.


Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.