PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

BAGI yang perasan, pelakon senior Normah Damanhuri sudah mula berhijab setelah pulang dari mengerjakan umrah pada 2011.

Bagaimanapun, baru-baru ini aktres berusia 61 tahun ini dilihat muncul dengan gaya tidak bertudung bagi menjayakan drama.

Tindakan itu sekaligus mengundang tanda tanya ramai yang keliru dengan penampilan sebenarnya.

Mengulas hal itu, Normah berkata, dia hanya berlakon tanpa hijab sekiranya diminta berbuat demikian oleh pengarah dan bergantung mengikut kesesuaian watak memetik mStar.

Pelakon Mengaku Buka Tudung Demi Cari Rezeki

“Sebenarnya saya sudah mula bertudung selepas pulang dari umrah pada tahun 2011. Tetapi saya mencari rezeki dan kalau diperlukan tidak bertudung, saya tidak boleh tolak.

“Mungkin ada yang kurang senang dengan kenyataan ini. Tetapi saya akan cuba memperbaiki diri menjadi seorang Muslimah yang lebih baik,” katanya kepada mStar Online.

Tambah Normah, keputusan untuk tampil dengan imej tanpa tudung dalam drama lakonannya tidak dipaksa mana-mana pihak, namun atas kerelaan hatinya sendiri.

Sementara itu, Normah akui dia bersyukur masih lagi diterima penerbit drama dan filem yang memerlukan khidmatnya berlakon meskipun usianya semakin lanjut.

“Saya seorang yang sangat mementingkan kualiti kerja. Ertinya, bukan sekadar perlu datang awal dan menghafal skrip semata-mata, tetapi kita perlu membuat persiapan awal, iaitu tidur dan rehat secukupnya sebelum memulakan kerja-kerja lakonan.

“Kalau tak, nanti persembahan yang disampaikan tidak cantik, sekali gus menyusahkan orang sekeliling untuk membuat rakaman semula.

“Itu yang saya pegang sehingga kini dan Alhamdulillah, saya masih lagi relevan dalam industri,” tuturnya.

Dalam perkembangan lain, Normah kini sedang menjayakan drama Tuan Anas Mikael di Astro Ria.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.