PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Kepada Dato’ Seri Najib Razak dan macainya. 

Saya cuba berfikir secara waras dan logik akal untuk menerima semua yang berlaku kebelakangan ini. Semuanya berlaku sekelip mata. Dengan pantas dan tidak disangka-sangka sampailah sudah tiada perasaan sebab menanti apa lagi yang akan terjadi.

Kepada Dato’ Seri, saya bekerja makan gaji walaupun pendapatan saya tetap tetapi kos sara hidup yang meningkat bukan saban tahun, dah macam saban bulan membuatkan saya terfikir adakah negara saya diterajui oleh orang gila?

Luahan Rakyat Marhaen Terhadap Najib Razak

Pengurangan subsidi dan sebagainya dibuat bukan semasa pembentangan bajet tetapi entah mukjizat dari mana tiba-tiba ada announcement. 

Kalau saya sendiri terkesan, bagaimana dengan orang yang gajinya rendah dari saya? Yang tambah pula dengan komitmen lebih tinggi dan banyak tanggungan. Moga Allah murahkan rezeki mereka. 

Saya mula menyokong Dato’ Seri sebab Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) yang kaki tidur. Selepas itu, barulah saya sedar, lebih baik tidur dari jaga dan menyusahkan orang. Lebih baik saya mengaku kesilapan dan kebodohan saya dari selfie tunjuk bagus, padahal temporary worker dan ambil masa lebih dari tiga bulan untuk confirm probation. Saya juga manusia biasa yang tidaklah bagus mana.

Tol naik, mungkin ada pilihan menggunakan pengangkutan awam. Pengangkutan awam pun naik! Mana kami nak berjimat? Nak tanam sayur sendiri, bukan semua ada tanah. Nak bela lembu sendiri, sama juga. Takkan saya nak letak lembu dalam apartment? Nak berniaga, salah tempat kena angkut. Nak minta lesen berniaga, banyak songeh sampai tak dapat. Gaji kebanyakan rakyat ciput saja. Terfikir juga saya celah mana yang kami semua boleh berjimat? Pergi kerja tolak kereta separuh jalan baru nak drive, begitu? Kadang-kadang saya pelik kerana saya tidak boleh fikir sebodoh yang ada dalam kepala otak Dato’ Seri. 

Tambahan, bila terjumpa penyokong tegar yang kadang-kadang tidak tahu apa yang disokong. Barang naik disokong. Dia buat bodoh pun disokong. Golongan ini amat unik kerana kebodohan mereka melebihi skala 6. Mungkin kami semua bodoh tersekat di skala 5. 

Ini hanyalah luahan hati selepas melihat fun fair dunia yang dihidangkan oleh badut-badut yang dipilih secara salah dari saya dan juga orang lain. Tetapi untuk next time, saya tidak akan mengundi Dato’ Seri lagi.

Terima kasih untuk fun fair ini dan sesungguhnya saya tidak terhibur. Jika ada calon lawan yang berkaliber, sudah tentu undi saya kepada mereka. Tetapi kalau dah sama saja time undi baru nampak muka, sama sajalah dengan badut-badut yang menjadi menteri sekarang.

Akhir kata dari saya, jika Dato’ Seri selesa di atas sekarang, cuba fikirkan bila Dato’ Seri sudah tiada apa-apa. Pada masa itu, tiada seorang pun yang akan mempertahankan Dato’ Seri dan telanjanglah semuanya. Itu pun kalau Dato’ Seri ada lagi di Malaysia. Saya tak rasa Dato’ Seri terus berada di Malaysia. – Amirul Asrafovic

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.