PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau menyuarakan kebimbangannya mengenai isu 1MDB dan RM2.6 bilion yang didepositkan ke dalam akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak kerana ia juga merupakan kerisauan rakyat dan bahagian Pagoh.

Untuk itu, beliau dipecat sebagai timbalan perdana menteri, katanya dalam perhimpunan solidariti terhadapnya di Pagoh hari ini.

Menurutnya lagi, beliau kini bersedia berdepan untuk dipecat oleh timbalan presiden Umno memetik Malaysiakini.

Muhyiddin Yassin tak mahu tanggung dosa jika terus berdiam

Bagaimanapun,Muhyiddin Yassin mempersoalkan jika tindakan beliau itu bertentangan dengan perlembagaan parti atau apa yang dilakukannya adalah jenayah.

“Sekarang mereka melebarkan tindakan terhadap saya dengan tidak membenarkan saya bercakap di Perhimpunan Agung Umno.

“Adakah Najib takut kepada seorang lelaki bahawa beliau telah melanggar tradisi parti dengan tidak membenarkan timbalannya untuk bercakap?

“Beliau kata beliau dapat sokongan tiga juta ahli Umno tapi adakah rakyat Pagoh menyokong beliau?” soal Muhyiddin.

“Saya sedar tindakan dan ucapan saya boleh menyebabkan orangm marah tapi saya akan terus bercakap demi rakyat dan kepentingan negara.

“Tak apalah jika rakyat di Putrajaya mungkin tidak mendengar apa yang saya kata, tapi saya gembira orang di Pagoh bersama saya. Tiada siapa hidup selama-lamanya dan saya tidak boleh tanggung dosa jika saya terus berdiam.

“Jika mereka mahu buang saya, maka buatlah tetapi jangan abaikan sumbangan saya selama 36 tahun, “katanya lagi.

Muhyidin kemudiannya bertanya sama ada penduduk di Pagoh bersedia diwakili oleh wakil rakyat bebas yang mana kemudiannya 1,000 hadirin berkata mereka bersedia untuk tetap susah dan senang dengan beliau.

Beliau berkata tiada siapa yang hidup selama-lamanya dan tindakannya mengkritik 1MDB kerana beliau sayang kepada rakyat dan negara malah rakyat malu kerana skandal 1MDB itu.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.