PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

“Saya sibuk sangat sekarang Datuk, nak rehat pun susah…harap lepas ni bolehlah rehat panjang,” itu gurauan terakhir Yussry Eddo yang lebih dikenali sebagai Yus Jambu kepada Pengarah Muzik Radio Televisyen Malaysia (RTM), Datuk Mokhzani Ismail.

Menurut Mokhzani, pelawak itu berkata demikian kepadanya selepas beliau menawarkan sebuah persembahan di Perlis pada 12 Disember ini.

Pengarah muzik tak sangka gurauan itu rupanya tanda Yus Jambu nak pergi

“Saya tak sangka gurauan itu rupanya tanda dia nak ‘pergi’ selamanya…itu juga kali terakhir saya berhubung dengan beliau,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau yang mula mengenali Yus pada 2001 ketika Allahyarham aktif menari dan bermain gendang di Jabatan Kebudayaan Perlis, menyifatkan pelawak itu seorang yang berbakat besar dalam bidang seni dan sentiasa merendah diri.

Sementara itu, rakan baiknya, Amm Raja Lawak atau nama sebenarnya Aman Shah Asri, 31, berkata kehilangan Yus pasti dirindui kerana Allahyarham adalah orang pertama yang menghubungi beliau ketika menghadapi musibah.

“Dialah orang pertama yang akan bertanya keadaan saya apabila saya atau anak saya jatuh sakit atau ditimpa sebarang musibah.

“Yus juga seorang yang penyayang dan mengambil berat akan rakannya serta tidak berkira untuk mengeluarkan duitnya kepada mereka yang memerlukan,” katanya dalam keadaan sebak kerana tidak dapat menziarahi jenazah akibat terikat dengan tugasan di Kuala Selangor.

Amm yang kali terakhir berjumpa arwah pada 1 November lepas dalam sebuah program di Perak, berkata Yus berkelakuan agak aneh berbanding biasa.

“Allahyarham berulang kali mengingatkan saya supaya berhati-hati memandu pulang ke Kuala Lumpur dan memberitahu dia risau akan keselamatan saya.

“Ketika itu, saya benar-benar ditimpa kemalangan dan menerima beberapa jahitan di kepala,” kata Pengarah Muzik itu. 

Beliau yang mengenali Yus Jambu sejak awal penglibatannya dalam industri seni pada 2009 berkata, Allahyarham banyak memberikan semangat mengenai bakat dan sering memujuk untuk bersama-sama menyertai rancangan Maharaja lawak Mega.

Yus Jambu adalah juara program Raja Lawak Astro musim pertama pada 2007, meninggal dunia pada kira-kira 1 pagi tadi di Hospital Selayang dipercayai akibat serangan jantung.
Allahyarham, 39, dikejarkan ke hospital berkenaan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah di Selayang selepas mengadu sesak nafas.

Beliau sebelum itu, mengadakan persembahan program Raja Band di Dataran Merdeka, malam tadi.

(Baca: Kejadian Pelik Semasa Pengebumian Pak Yus Didedah Kenalan)

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.