PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Bukan mudah untuk memahami isi hati wanita. Tak cukup dengan hati mereka, nak kena faham tentang isu hormon mereka lagi.

Jika anda bergaduh dengan mereka, sampai ke sudah pun takkan habis dan hanya merosakkan hubungan je.

Menerusi Hanasuva.com, ketahui sebab munasabah kenapa anda perlu elakkan dari bergaduh dengan pasangan!

5 Sebab lelaki perlu elak bergaduh dengan pasangan

1. Wanita tidak akan faham..

Wanita ni bila tengah bad mood atau marah, mereka akan lepaskan rasa kecewa mereka. Jadi, anda perlu biarkan mereka tenang. Apa anda anda cakap pun, mereka akan buat tak tahu je.

2. Bergaduh ni perkara tak matang

Anda bukan lagi budak lelaki, anda ialah seorang lelaki. Lelaki perlu tunjukkan ciri-ciri pemimpin dan matang. Jadi, bergaduh dengan pasangan bukanlah sesuatu yang bijak dan matang.

3. Bukannya boleh selesaikan masalah

Bergaduh dengan pasangan, bukannya boleh selesaikan masalah. Buatkan masalah jadi lagi teruk. Bayangkan negara boleh berpecah belah kerana pergaduhan, apatah lagi hubungan cinta.

4. Anda bukan seorang yang gentleman

Jika anda sanggup sakitkan hati wanita yang anda cintai, bermakna anda bukanlah seorang lelaki sejati. Elakkan pergaduhan jika anda tidak mahu lukakan hati mereka.

5. Anda sayangkan si dia, atau tak?

Jika anda sayangkan pasangan anda, hormati apa sahaja pendapat dan pandangan mereka. Beri mereka ruang untuk meluahkan apa yang mereka rasa.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.