PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

KUALA LUMPUR – Ekoran kekalahan Kedah melawan Selangor dalam Piala Malaysia Sabtu lalu, seorang penyokong fanatik Kedah memuat naik status kurang cerdik di laman Facebook.

Dakwa Sakeenah Misran, pasukan Selangor banyak bermain kotor dan mengambil dadah, selain dari menuduh pasukan itu menggunakan khidmat bomoh untuk menang lapor The Hype Media.

Gadis Dakwa Selangor Menang Sebab Main Kotor dan Pemain Ambil Dadah

“Jijik! Jijik! Aku jijik sangat dengan permainan Selangor! Selangor tak layak menang! Selangor banyak main kotor, tendang player Kedah. Pastu, pelik sangat, satu team diorang lari laju sangat. Kalau seorang dua saja yang laju, tak pelik. Tapi satu team lari laju. Tiada siapa ke suspek diorang semua ambil dadah?! 

“Kalau diorang ambil dadah pun macamlah akan kantoi, macamlah akan ada orang check diorang ambil dadah ke tak! Lepas itu pelik sangat, aku suspek Selangor pakai bomoh sebab asal Kedah boleh nak gol saja, mesti tak masuk. Mesti payah nak masuk. Bola itu seakan-akan, entah macam payah sangat nak masuk. Tak tau pasaipa! Pelik sangat-sangat!

“Dan kalau betul pun Selangor bagus sangat, asal baru kali ini Selangor masuk final setelah sekian lamanya?! Nampak sangat apa yang aku suspek ni memang betul pun diorang ambil dadah dan diorang pakai bomoh untuk sampai ke final! Selangor tak layak menang! Team bola main kotor mana layak jadi juara! Jijik! Jijik tahu tak jijik! Aku jijik sangat dengan Selangor!” katanya semalam jam 11.25 malam.

Status Sakeenah itu telah mendapat 4,162 shares di Facebook. 

"Selangor pakai bomoh, pemain ambil dadah"

Sakeenah juga tidak kisah kenyataannya itu viral dan berkata biar semua orang tahu dan berakal bahawa Selangor main seperti samseng serta tidak layak menjadi pemenang.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.