PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Selepas berjaya menaja dan menjadi sebahagian daripada kejayaan beberapa program hiburan, nama Datuk Seri Vida kini disaran untuk menjadi penyelamat bola sepak di negeri Kelantan.

Peminat bola sepak tempatan umumnya mengetahui tentang kemelut yang melanda Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) pada musim 2015, terutama sekali berhubung isu perbelanjaan pasukan yang didakwa tidak diurus dengan baik lapor Astro Awani.

(Terkini: Dato Seri Vida berjumpa dengan majlis tertinggi Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA))

Peminat minta Datuk Seri Vida 'selamatkan' bola sepak Kelantan

Akaun Instagram rasmi pasukan Kelantan semalam memuat naik petikan kata-kata Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa, yang menawarkan sesiapa yang berkemampuan untuk tampil ke hadapan untuk memimpin persatuan tersebut.

A photo posted by TRWFC (@trwfc_official) on

Penyokong kemudiannya membanjiri ruangan komen dengan menyebut nama Datuk Seri Vida.

Selepas Gegar Vaganza, bola sepak Kelantan bakal 'diselamatkan' Datuk Seri Vida?

Selepas Gegar Vaganza, bola sepak Kelantan bakal 'diselamatkan' Datuk Seri Vida?

Ia menggambarkan keyakinan penyokong pasukan yang dikenali sebagai The Red Warriors (TRW) itu yang melihat Datuk Seri Vida sebagai figura yang berkemampuan memulihkan ‘poket’ KAFA.

Ia bukan satu perkara yang pelik memandangkan beliau merupakan antara ahli perniagaan yang cukup berjaya di Kelantan.

Selain Gegar Vaganza, beliau pernah menaja Anugerah Juara Lagu dan Pertandingan Dikir Barat Kebangsaan.

Datuk Seri Vida, atau nama sebenarnya Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman, merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Vida Beauty Sdn.Bhd. yang mengasaskan beberapa produk kosmetik, antaranya Qu Puteh dan jus Pamoga.

(Baca: Kereta Mewah Milik Datuk Seri Vida)

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.