PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Uish! Sedihnya kalau lamaran ditolak oleh orang yang kita sayang. Hmm ditolak tu satu hal, yang paling sedih bila ramai orang yang tengok adegan tu.

Ini apa yang terjadi dekat seorang lelaki China yang cuba untuk membuat kejutan apabila melamar teman wanitanya di khalayak ramai tapi macam biasalah bukan semua benda yang kita rancang tu akan menjadi.

Ini yang terjadi apabila lelaki ini nak buat kejutan lamaran buat kekasihnya

Walaupun gadis yang dilamar kelihatan begitu teruja dan terkejut melihat lelaki itu berjalan ke arahnya dengan membawa kotak cincin, tetapi lamaran tersebut akhirnya ditolak. Semuanya gara-gara berlian pada cincin itu yang dikatakan terlalu kecil.

Lamaran itu dibuat di bandar Chengdu, wilayah Sichuan. Gadis berkenaan dilihat masih menerima lamaran sehingga kotak cincin dibuka, tetai mengeluh apabila melihat berlian pada cincin berkenaan.

“Kenapa terlalu kecil? Dia seorang yang cuai dan tidak peduli akan kehendak saya,” kata gadis tersebut kepada rakan yang ingin tahu sebab lamaran itu ditolak.

Drama lamaran tidak menjadi itu kemudian menjadi viral di laman sosial dan turut mendapat liputan pihak media. Banyak pihak mempersoalkan tindakan gadis berkenaan mempertikai belian yang terlalu kecil berbanding percintaan mereka.

Sesuatu yang mengejutkan berlaku apabila lelaki ini beri kejutan untuk melamar kekasihnya

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.