PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

ANDA sangka bos anda dah teruk, tapi wanita ini, Corina Cretu yang juga Pesuruhjaya Dasar Serantau Kesatuan Eropah (EU) lagi teruk.

Jika tidak masakan lapan daripada 19 petugasnya termasuk ketua komunikasi dan Kabinetnya, telah berhenti kerja.

Kebanyakan yang meletak jawatan adalah mereka yang mempunyai jawatan tinggi. Semuanya tidak tahan dengan kerenah Corina lapor Mynewshub.

Bandingkan bos anda yang teruk dengan wanita ini

Dia dikatakan meminta pekerjanya mengambil dan menghantar keluarganya serta membawa baju Corina ke dobi.

Corina juga didakwa sengaja melanjutkan percutian mewah semata-mata untuk berjalan-jalan di Pulau Reunion.

Wanita itu ke pulau terbabit bagi menghadiri mesyuarat selama empat hari namun di sana, dia hanya mengadakan mesyuarat sekali sahaja.

Alasan yang diberikan Corina ialah dia mahu membuat persediaan bagi mesyuarat terbabit.

“Saya mahu membuat persediaan sebelum masuk mesyuarat agar saya tahu apa yang akan saya perkatakan dalam mesyuarat terbabit,’’ katanya.

Kakitangan Corina juga mendedahkan dia merokok di dalam pejabat meskpun EU mengenakan larangan merokok di dalam pejabat.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.