PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

SIAPA sangka, dalam situasi peningkatan kos sara hidup zaman kini, masih ada lagi peniaga yang berhati mulia menjual makanan dengan harga yang amat murah.

Ini kerana peniaga ini hanya menjual donut dengan harga RM0.10 sen. Murah bukan?

Apa yang lebih mengejutkan, donut ini dijual di tengah-tengah kota metropolitan, Kuala Lumpur iaitu di Flat Maluri, Cheras.

(Udpate: Selepas donut 10 sen, lelaki ini mahu buat nasi berlauk RM1 pula)

Donut 10 sen di Cheras tarik perhatian

Dek harga yang murah itu, wajah peniaga ini menjadi viral di laman sosial sebaik sahaja dikongsi laman sosial.

Rata-rata netizen dilihat memuji sikap peniaga kacak ini yang disifatkan sebagai insan yang pemurah.

Difahamkan, selain berniaga donut, lelaki yang bernama Muhammad Waliuddin Chia Chen ini pernah berkhidmat di sebuah kolej swasta di Kuala Lumpur.

Beberapa netizen yang mengenali peniaga ini menyifatkan dia sebagai lelaki yang baik akhlaknya, murah dengan senyuman dan selalu sembahyang berjemaah.

Kita doakan moga-moga ‘abang donut’ ini dimurahkan rezeki. Ameen…

(Baca: Terkejut lihat sandwich, bubur ayam dan mee goreng berharga 20 sen)

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.