PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Rosyam Nor satu nama yang tidak perlu di perkenalkan lagi didalam dunia lakonan Malaysia. Walaubagaimanapun, bukan mudah untuk beliau terus kekal dalam industri hiburan apatah lagi mengukuhkan nama beliau dalam bidang yang cukup mencabar ini.

Mula terkenal menerusi file Gila-gila Remaja, Rosyam Nor juga pernah melalui saat dimana beliau di maki ataupun di jerit oleh pengarah di lokasi penggambaran bagi mendapatkan hasil yang terbaik memetik Mangga Online.

Rosyam Nor dedah perangai sebenar pelakon sekarang

Pelakon sekarang tidak banyak ilmu lakonan, popular bukan jaminan untuk lepas daripada teguran pengarah – Rosyam Nor

Tiada perkara mudah dalam apa jua pekerjaan termasuk pelakon. Saya bermula dari bawah dan belajar banyak selok-belok dunia seni. Saya dah biasa kena marah, kena maki atau kena jerit di lokasi penggambaran. Semua itu membentuk jati diri saya sekarang ini.

Walaupun  ketika namanya sudah terkenal, Rosyam akui beliau masih menerima layanan yang sama daripada mana-mana pengarah sekalipun dan  populariti itu bukanlah satu jaminan untuk terlepas daripada menerima teguran daripada pengarah.

Bagi saya cara dulu dan sekarang amat berbeza. Sepatutnya sebelum masuk ke lokasi memulakan penggambaran, harus ada sesi latihan lakonan. Namun sekarang semuanya kejar masa jadi cara itu amat jarang dipraktikkan. Jadi kebanyakan pelakon generasi sekarang tidak banyak ilmu lakonan.

Seseorang pelakon itu akan kekal bertahan apabila ada kerja yang bagus ditambah dengan populariti. Saya pernah kena maki oleh beberapa orang pengarah popular walaupun waktu itu nama sudah berada di puncak.

Popular atau terkenal nama seseorang pelakon itu bukanlah jaminan untuk terlepas daripada kena tegur oleh pengarah.
Sikap sebenar pelakon sekarang didedah Rosyam Nor

Sedar perkara itu demi kebaikan masa hadapan beliau, Rosyam langsung tidak pernah ambil hati akan kata-kata kesat daripada pengarah dan ia membuatkan beliau lebih memahami mutu lakonan beliau sehingga berada di tahap beliau sekarang.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.