PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Seorang wanita berstatus isteri bertindak biadap apabila menyeludup masuk ‘kekasih gelap’ warga asing ke dalam rumah beberapa minit selepas suaminya keluar bekerja.

Harian Metro melaporkan dalam kejadian jam 7 pagi kelmarin, wanita berusia 30-an itu dikesan berdua-duaan bersama pasangannya di dalam rumah terletak di Bandar Baru Ampang, di sini.

Isteri Skandal Dengan Warga Asing Kantoi
Seorang wanita berstatus isteri bertindak biadap apabila menyeludup masuk 'kekasih gelap' warga asing ke dalam rumah beberapa minit selepas suaminya keluar bekerja. - Gambar Hiasan.

Sumber polis berkata suami wanita itu menyedari kecurangan isterinya selepas mendapati seorang lelaki tidak dikenali memasuki rumahnya ketika dia sedang menunggu lif.

“Dia yang berasa curiga kemudian berpatah balik ke rumahnya. Dia kemudian mengendap di luar kediaman sebelum terdengar bunyi suara isteri dan lelaki tidak dikenali.

“Suami wanita itu mendakwa terdengar soalan diajukan lelaki warga asing itu kepada isterinya berhubung tindakannya keluar dari rumah berkenaan,” katanya.

Menurutnya, wanita itu sebaliknya tidak mengaku sudah berkahwin dan mendakwa si suami adalah pelanggan yang datang untuk mendapatkan rawatan urutan badan.

“Suami wanita itu yang berang kemudian meminta bantuan jiran berhampiran untuk menahan isterinya dan lelaki warga asing itu.

“Namun, wanita itu sempat lari keluar dari rumah sebaik pintu kediaman dibuka manakala lelaki warga asing itu berada di ruang tamu dalam keadaan ketakutan,” katanya.

Katanya, suami wanita terbabit kemudian mengunci semula pintu rumah itu bagi mengelak kekasih isterinya melarikan diri.

“Anggota polis Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang yang menerima maklumat berhubung kejadian itu bergegas ke lokasi kejadian sebelum menahan lelaki warga asing berusia 41 tahun itu.

“Siasatan mendapati lelaki itu memasuki rumah pengadu tanpa kebenaran manakala si isteri pula masih menghilangkan diri sehingga kini,” katanya.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.