PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Pasangan suami isteri dari Negeri Sembilan, peminat setia produk keluaran Fareeda sanggup beratur seawal jam 2.30 pagi di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf (Karangraf) bagi mendapatkan edisi terhad Hijabista X Fareeda Mawar Versatile.

Norlela Abd Wahil, 28 dan suaminya, Mohd Salleh Abu Dihi, 39 datang dari Port Dickson ke Shah Alam, petang semalam lapor Sinar Harian.

Sanggup beratur seawal 2.30 pagi demi tudung ‎Fareeda

Menurut Norlela, beliau meminati tudung Fareeda sejak awal keluarannya dan bersyukur mendapat sokongan suami.

“Saya memang meminati tudung Fareeda dari awal lagi jadi, saya tak akan lepaskan peluang daripada mendapat keluaran terhad ini.

“Selain itu, saya dapat langgan majalah Hijabista juga,” katanya kepada Sinar Online ketika ditemui di sini, hari ini.

Majalah Hijabista menjalin kolaborasi buat julung kalinya dengan Fareeda yang menawarkan rekaan terbaharu tudung instan itu yang hanya 500 helai sahaja dan tidak dijual di mana-mana outlet Fareeda.

Ia didatangkan dengan konsep cukup eksklusif, diperbuat daripada kualiti sifon tertinggi dan datang dalam tiga warna sahaja iaitu biru firus, ‘mint green’ dan kuning diraja.

Bermodalkan RM80, pembaca Hijabista dan peminat tegar tudung Fareeda boleh datang ke Karangkraf untuk melanggan majalah dan mendapatkan sehelai tudung Fareeda sehingga jam 3 petang ini untuk sesi ramah mesra dengan Mawar dan suaminya, Fizo Omar.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.