PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Seorang suami tidak perlu meminta keizinan isteri untuk pergi berfoya-foya. Buat maksiat pun tak perlu keizinan dari isteri. Buat keputusan pun tak perlu izin, persetujuan dan pengetahuan isteri. 

Keluar malam, balik dini hari. Kepit GRO di KTV, kepit minah random dari COC ke PIMD ke buat penenang dan penyedap.

Bro, kau tak tahu kuasa redha isteri itu besar mana. Kalau dari awal sikap zalim kau sebagai suami terhadap isteri kau, baik dari zahir atau pun batin, sampai tahap isteri kau rasa seksa dan merana jiwanya dan kau tak mendapat redha isteri kau sedangkan dia yang menjaga kau, taat pada kau, didik anak kau dengan baik-baik. 

Pesanan Sentap Lelaki Ini Buat Suami yang Suka Berfoya-Foya dan Buat Maksiat

“Kau rasa kau dapat cium bau syurga tak?”

Kuasa redha isteri (dan ibu) besar bro. Kuasa ini membuatkan rezeki kau cari menjadi berkat, hati kau tenang, nyaman dan bahagia. Semua urusan kau menjadi mudah dan kau akan menjadi manusia yang selalu positif dan inshaAllah anak-anak kau menjadi anak yang turut taat.

Kau lupa kau ada keturunan perempuan. Kalau bukan adik, anak-anak. Kalau bukan anak-anak, suatu hari nanti kau akan ada cucu juga.

Nasihat aku bro, kalau kau tak mampu nak membahagiakan isteri dan tak mampu hidup penuh hemah dan mengikut syariat, jangan menzalimi isteri kau bro. She deserve better guy and better life than a scum bag like you.

Satu saja pesan aku, kalau rasa tak mampu menjadi manusia baik-baik sama ada kau hidup membujang sampai ke tua atau mohon meninggal saja.
Sekian syarahan saya pagi ini by Felixia. – Suzy Effendi

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.