PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Korang pernah jumpa seorang lelaki bergelar suami yang tidak pernah berkerja dari sebelum kahwin hingga beranak pinak? Baca kisah ini.

Dari sebelum kahwin hingga ada anak, suami tidak pernah berkerja

Salam, saya nak minta pendapat dan tips sikit.

Saya ada seorang kakak. Kakak saya ini saya nak cakap bengap, bodoh, rasanya dia lagi pandai dari saya. Masalah kakak saya ini, dia ada suami tetapi tidak bekerja. 

Dari sebelum kahwin sehinggalah mempunyai seorang anak berusia 7 tahun, masih lagi membela si suaminya yang hanya pandai menghabiskan duit simpanan kakak saya simpan selama dia bekerja.

Dari simpanan ASB dan bank yang berjumlah puluhan ribu, habis dikerjakan oleh suaminya kononnya buat bisnes. Padahal pergi berjudi.

Dulu saya pernah bedal suami kakak saya ini tetapi malangnya kakak berada di pihak dia. Apakan daya dan apalah hak saya sebagai seorang adik untuk membela nasib dan masa depan anak buah saya.

Baru-baru ini, kakak saya dapat wang bonus dan telah membodohkan dirinya sekali lagi dengan membelikan Superbike untuk suaminya dengan harapan agar suaminya bekerja.

Saya sebagai adik bukan cemburu dengan suaminya tetapi terasa amat bersimpati dengan kakak yang diperbodohkan oleh suaminya yang ternyata mengikis duit kakak saya.

Mohon admin tutup nama saya untuk mengelakkan fitnah dan aib. Sekian terima kasih.  

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.