PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mesti menjelaskan perbelanjaan dan keperluan RM1 bilion untuk peruntukan tahunannya, titah Sultan Ibrahim ibni Sultan Iskandar.

Sultan Johor menjelaskan baginda akan meminta Jakim memberikan butiran sewaktu mesyuarat Raja-Raja Melayu akan datang, mengingatkan agensi persekutuan itu bertanggungjawab berbuat demikian lapor Malay Mail.

Sultan Johor persoal kenapa Jakim perlu RM1 bilion

“Beta teringin mengetahui — jika benar — mengapa mereka memerlukan bajet RM1 bilion? Adakah itu termasuk peruntukan kepada negeri-negeri?

“Sewaktu mesyuarat Majlis Raja-Raja, beta mahu mereka menunjukkan pecahan perbelanjaan.

“Beta mahu tahu jika mereka membiayai sekolah-sekolah agama di sini,” titah baginda seperti dilaporkan portal The Star hari ini.

Seorang timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri sebelum ini berkata Jakim memerlukan lebih RM1 bilion untuk 2016 jika mahu memerangi idea-idea pengganas Negara Islam (IS), liberalisme, pluralisme dan komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, yang bertanggungjawab dalam hal-ehwal Islam, mendakwa peruntukan RM724.6 juta kepada Jakim tahun depan tidak mencukupi.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.