PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Seorang pereka grafik didakwa di Mahkamah Sesyen Batu Pahat di sini, hari ini atas pertuduhan mengaibkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dengan menunjukkan isyarat lucah menggunakan jari tengah tangan kanannya, kira-kira 11.20 pagi kelmarin.

Tertuduh, Md Aris Husin, 40, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di depan Hakim Azuar Che Yusof lapor Harian Metro.

Perkembangan kes lelaki tunjuk isyarat lucah terhadap konvoi Sultan Johor

Md Aris dituduh melakukan perbuatan itu di Kilometer 95 Lebuhraya PLUS, arah Selatan, dekat sini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Safiah Abd Aziz manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Fazaly Ali Mohd Ghazali.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin selain perlu melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan hingga sebutan semula kes pada 19 Januari tahun depan.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.