PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Lima remaja lelaki berusia 16 hingga 19 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru di sini, pagi tadi atas pertuduhan merogol remaja perempuan berusia 14 tahun di tandas awam di Taman Rekreasi Taman Setia Tropika di Kempas pada 30 September lalu.

Lima tertuduh termasuk seorang juvana berusia 16 tahun yang bekerja sebagai penjual air; Mohammad Nurul Ikhram Nurullail, 19, yang bekerja sebagai pekerja kontrak dan Mohamad Ridzuan Mohd Asri, 19, yang bekerja di kilang cat lapor Harian Metro.

Sekumpulan perogol tidak mengaku bersalah merogol gadis 14 tahun
Lima remaja lelaki yang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas pertuduhan merogol remaja perempuan berusia 14 tahun.

Tertuduh lain, Muhammad Saiful Fauzi, 18, yang tidak bekerja dan Muhammad Azlan Md Lazan, 19, pekerja bengkel.

Mereka didakwa bersama-sama seorang lagi yang masih bebas pada 12.30 malam hingga 2 pagi pada 30 September di tandas awam di Taman Rekreasi, Taman Setia Tropika, Kempas secara berkumpulan merogol seorang remaja perempuan.

Mereka didakwa melakukan kesalahan boleh dihukum di bawah Seksyen 375B Kanun Keseksaan dan boleh dipenjara selama tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun.

Hakim Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Mohamad Haldar Abdul Aziz tidak membenarkan jaminan dan menetapkan 30 Disember sebagai tarikh sebutan semula.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwaraya, Norashikin Ibrahim manakala semua tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.