PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Tahniah kami ucapkan kepada pelawak Fad Bocey dan isteri kerana telah selamat menimang cahaya mata kembar pertama mereka. 

Perkara tersebut dikongsikan oleh pelakon dan pelawak Jihan Muse di akaun Instagram miliknya lapor Rotikaya.

Isteri Fad Bocey selamat lahirkan anak kembar

“Dik, besaq sangat dah adik kak dari sekolah sampai da masuk U, sampai bercinta frust, kahwin sampai pregnant tuptup deliver sekali kembaq anak adik. Cepatnya masa berlalu. Dalam pada adik blur-blur, lost banyak benda taktau tanya macam-macam sampai kak nengok adik matang dah”

Tahniah Fad Bocey dan isteri selamat timang anak sulung kembar

“La jadi ibu dah pun . Indah sangat perjalanan hidup adik Tuhan tu aturkan. Tahniah dik! Kak sayang adik kak happy for u dik,” luah Jihan di Instagram. Sementara itu, peminat mereka tidak henti-henti mengucapkan tahniah kepada pasangan ini.


Semoga keluarga kecil Fad Bocey dan isteri akan sentiasa dilimpahi rezeki melimpah ruah dan dipermudahkan segala urusan mereka. Fad dan isteri tidak akan sorok anak’kan?

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.