PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

SEBELUM ini pernah ada kisah tentang pelawak Tauke Jambu yang tidak berpeluang berjumpa anak kandungnya sendiri selepas berpisah dengan isteri pertama. Beliau juga pernah gagal dalam dua perkahwinan lain.

Bagaimanapun, bercakap kepada Mangga Online baru-baru ini, Tauke atau Zamratul Amri Zakaria, 39, memaklumkan hubungan dengan bekas isteri pertama sudah kembali pulih, sekaligus dapat  berhubung dengan anak-anaknya lapor Mangga Online.

Tauke akan jemput bekas isteri ke majlis perkahwinannya
TAUKE JAMBU sudah berbaik dengan bekas isteri

“Sebelum ini memang saya tidak berhubung dengan bekas isteri pertama. Namun baru-baru ini kami berbaik semula dan semuanya kerana anak-anak. Saya dapat berhubung semula dengan anak-anak saya.

“Kami baik-baik sahaja. Mana tahu mungkin saya akan jemput bekas-bekas isteri ke majlis perkahwinan saya nanti,” komen Tauke ringkas.

Tauke pernah berkahwin sebanyak tiga kali dan mempunya enam orang anak hasil hubungan dengan isteri pertama dan kedua. Beliau berkahwin dengan isteri ketiga pada 2012 namun hubungan itu juga tidak bertahan lama.

Ahad 6 Disember, Tauke mengikat tali pertunangan dengan seorang wanita bernama Nadia, 26, yang merupakan kenalannya selama empat tahun. Mereka merancang untuk berkahwin pada Disember tahun hadapan namun tidak menolak jika jodoh dipercepatkan.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.